Advertise Here

Only one.blogspot.

- Another Blogger Blog's

Comments: (0)




Salam Ukhuwah

Salam... Selamat datang ke Only One.Blogspot... Nape blog ni namanya Only One??? Cz ni lah satu-satunya blog yang saya ada sekarang. Itu pun sebab lec saya jadikan blog ni sebagai asignment. Kalu x taw lah bila nak adanya blog sendiri ni he8...(Tima Kasih En Aziz). Alhamdulillah kini saya telah berada di semester 6. Maknanya telah 3 tahun saya menuntut ilmu di bumi UPSI. Terasa cepat waktu berlalu dan sememangnya masa tidak pernah menunggu kita. Andai ada yang terleka, masa tidak pernah berputar kembali. Namun hidup mesti diteruskan selagi jasad dikandung badan. Semoga dengan penulisan blog ini dapat kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman agar dapat dijadikan pedoman masa hadapan. Teruskan perjuangan yang masih belum selesai!!! Selamat berjuang!!! Chaiyok2!!!





Something About Me


Nama diberi ialah Noor Azratul Azreen Bt Abdul Aziz. Saya berasal dari negeri adat pepatih iaitu Negeri Sembilan. Nape Negeri Sembilan ?? x negeri lapan. sepuluh ka?? Meh cni den nak koba an he8... Sebenarnya nape diberi nama Negeri Sembilan cz terdapat sembilan buah daerah dalam negeri ini. Setiap daerah mepunyai dialek dan adat yang berlainan.Macam belajar subjek sejarah lak kan. Ala xpelah sambil menyelam minum air. Sambil membaca blog ni dapat juga tambah ilmu pengetahuan kan. Maklumlah, ilmu itu pelita hidup. Saya ada sepuluh orang adik beradik, 7 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Saya anak yang ke sembilan (kedua bongsu hehe). Sekarang ini saya dah tahun ketiga di UPSI dalam bidang pendidikan bimbingan dan kaunseling.Insyaallah apabila graduate nanti saya akan bergelar seorang kaunselor. Saya telah dibesarkan dalam suasana pendidik kerana kakak-kakak saya juga merupakan seorang guru. Ini secara tidak langsung telah menarik minat saya untuk menjadi seorang guru. Guru umpama lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain. Semoga kita semua akan berjaya menggapai impian masing-masing. Selamat berusaha!!! Teruskan perjuangan!!!






Majlis Watikah Pelantikan RE UKLK

Alhamdulillah, pada 28hb Januari 2010, saya dan rakan-rakan telah menerima watikah pelantikan Rakan Exco PDI untuk Unit Kediaman Luar Kampus. Majlis itu telah diadakan di Auditorium Utama. Bangga rasanya dapat menjadi sebahagian daripada rakan exco UKLK. Insyaallah, tanggungjawab yang diamanahkan akan dijalankan dengan sebaik mungkin. Walaupun majlis tersebut dijalankan secara sederhana namun tetap meriah dan vogue. Semoga dengan penglibatan saya dan rakan-rakan dalam UKLK ini akan memberi manfaat dan pengalaman yang berguna untuk masa hadapan. Amin.










Guru Kian Terancam ????

Cukup menyedihkan apabila dalam tempoh dua minggu kita disajikan dengan dua berita yang memalukan institusi perguruan di mana guru ditampar pelajar dan ibu pelajar. Kejadian pertama di sekolah menengah di Nibong Tebal apabila pelajar berusia 16 tahun menampar pipi guru berusia 28 tahun. Insiden itu dilaporkan berpunca daripada tindakan pelajar terbabit bersama dua rakannya memasuki sebuah kelas yang sedang diajar oleh guru wanita berkenaan di mana didapati ketiga-tiga pelajar ini tanpa menghormati guru berkenaan dan mempedulikan pelajar lain, membuat bising sebelum guru terbabit mengarahkan mereka keluar dari kelasnya.Guru terbabit menampar pipi seorang pelajar berkenaan apabila mereka tidak mengendahkan arahan itu dan akibatnya seorang pelajar terbabit membalas balik tamparan guru itu. Malah lebih menakutkan apabila dilaporkan seorang daripada pelajar itu cuba bertindak lebih ganas dengan membaling kerusi plastik ke arah guru berkenaan.

Dalam insiden terbaru pula, dilaporkan seorang guru lelaki berusia 28 tahun ditampar ibu seorang pelajar yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru menampar anak wanita itu di sebuah sekolah menengah di Perlis. Kejadian dilaporkan berpunca daripada masalah disiplin membabitkan pelajar lelaki tingkatan satu dari sekolah berkenaan. Walaupun pihak sekolah cuba menjernihkan semula keadaan dengan mendamaikan kedua-dua pihak namun wanita berkenaan masih tidak puas hati bertindak menampar guru terbabit di hadapan pengetua dan guru lain.Ini adalah antara dua kes yang menjadi pembuka bicara isu disiplin pelajar sekolah bagi tahun 2010. Di kala kita masih sedih dengan nasib malang yang menimpa enam pelajar dalam tragedi perahu naga karam dipukul ombak tempoh hari, kita terus dikejutkan dengan pelbagai lagi masalah membabitkan pelajar, guru dan juga sekolah.

Kita juga masih segar dengan nasib malang yang menimpa seorang lagi guru wanita pada Oktober 2008 sebuah sekolah menengah di Perlis di mana gara-gara tidak berpuas hati dengan tugasan kerja yang diberikan, dua pelajar perempuan bertindak di luar batasan apabila membelasah seorang guru wanita. Pelajar tingkatan dua terbabit dilaporkan menendang dan memukul guru mereka. Kejadian sebegini menimbulkan beberapa persoalan yang cukup merisaukan kita semua. Apakah pelajar sebegini yang kita harapkan akan menjadi penyambung warisan negara kita? Kenapa insan mulia bernama guru dijadikan mangsa keadaan? Selama ini mungkin kita terlalu leka dengan isu membabitkan kebajikan pelajar dan ibu bapa mereka semata-mata di mana kita seolah-olah terlepas pandang masalah dan nasib yang dialami dan dilalui guru dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna.Tidak dapat dinafikan bahawa peredaran zaman membawa kepada perubahan minda dan akhlak anak-anak zaman sekarang.


Kita risau jika keadaan sebegini berterusan maka dikhuatiri ia akan sedikit sebanyak menjejaskan semangat dan motivasi guru untuk terus mendidik anak-anak kita. Sekolah mestilah menjadi tempat selamat bukan saja untuk pelajar tetapi juga untuk guru yang mendidik mereka.Biarlah guru menjalankan tanggungjawab mereka dengan selesa dan selamat. Berikanlah kebebasan kepada mereka untuk membimbing, mendidik dan membentuk anak-anak kita seperti yang kita harapkan mengikut acuan dan ramuan betul. Tidak perlulah kita terlalu mencampuri urusan guru dan pelajar di sekolah.

Kepada guru, anda adalah insan yang sangat mulia. Ingatlah, gelaran guru akan kekal hingga ke akhir hayat dan usahlah berputus asa mahupun kecewa dengan nasib malang yang dihadapi, teruskanlah perjuangan suci demi membentuk sebuah generasi anak bangsa yang boleh menjadi pewaris kepada generasi sekarang.






Syarat Pengambilan KPLI 2010 Lebih Ketat

Bagi melahirkan profesion perguruan yang mempunyai tahap kepakaran tinggi serta berkualiti, syarat pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mulai Tahun 2010 dan seterusnya akan diperketatkan lagi. Kementerian Pelajaran antara lain bakal mewajibkan calon KPLI memiliki kelayakan khusus mata pelajaran tertentu sebelum dibenar mengajar subjek berkenaan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datin Asariah Mior Shaharuddin, pengenalan syarat wajib yang lebih ketat itu bagi memastikan guru itu benar-benar pakar dalam sesuatu subjek yang diajar. Dan pada masa yang sama mereka perlu juga betul-betul minat dalam bidang yang mereka ceburi. “Sebagai contoh, jika calon guru itu ingin mengajar subjek Matematik, dia perlu ada pengkhususan subjek itu dalam ijazahnya. Ia bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus KPLI”, katanya selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010 di Institut Pendidikan Guru. Tambah Asariah, sebelum ini kementerian menekankan kelayakan calon KPLI berdasarkan kelulusan ijazah pertama daripada pelbagai bidang. Syarat baru itu akan menekankan kelayakan serta pengkhususan khas kepada mata pelajaran yang akan diajar. Selain itu, katanya, kementerian akan mengadakan pengambilan KPLI pada Januari dan Julai seperti tahun lalu. Pengambilan itu berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat kekurangan guru, kementerian akan membuat pengambilan baru







Sistem Aduan Disiplin KPM

Laman Aduan Disiplin Bahagian Sekolah

Atas dasar keprihatinan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan disiplin di sekolah terkawal dan menepati standard yang digariskan, satu langkah menyediakan laman web Sistem Aduan Displin (SAD) telah dilaksanakan. Laman ini merupakan salah satu usaha daripada pihak kementerian dalam memastikan perkhidmatan yang mereka sediakan memenuhi keperluan masyarakat. Ia juga untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya aspek aksesibiliti atau kemudahcapaian pendidikan, kesamarataan peluang pendidikan dan aspek kualiti pendidikan dapat diperoleh oleh semua lapisan masyarakat.

Perlaksanaan laman web SAD ini adalah bertujuan untuk menentukan visi Bahagian Sekolah dicapai dengan cemerlang terutama kea rah meningkatkan Kualiti Pengurusan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia juga akan memastikan wujudnya satu system kerja yang terancang serta sistematik di dalam mengurus tadbir hal ehwal persekolahan, guru dan murid. Antara lain, laman web ini mensasarkan peningkatan dari segi kualiti perkhidmatan di mana kehendak dan ekspektasi pelanggan adaalh menjadi motif utama. Apabila segala eskpektasi pelangggan dapat dipenuhi, ia secara tidak langsung membawa maksud keberkesanan di dalam pengurusan pentadbiran dan akan memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Begitu juga dengan kualiti kerja yang dapat ditingkatkan dengan adanya pemantauan berterusan serta memastikan setiap urusan pelanggan dapat dilaksanakan dengan mesra, cekap dan tepat.

Untuk membuat aduan secara online, pihak kementerian telah menyediakan satu borang khas untuk diisi oleh pengadu. Borang maklumat tersebut akan dihantar terus kepada pihak kementerian untuk disiasat. Segala perincian perlu diisi untuk memastikan aduan dapat diambil tindakan secara segera. Pihak pengguna juga boleh melihat status aduan mereka pada Semakan Status Aduan. Ini memudahkan pengadu untuk memantau sama ada aduan mereka sudah diambil tindakan atau belum. Ini disebabakan oleh sesetangah aduan memerlukan masa untuk diambil tindakan terutama dalam proses untuk menyiasat. Turut dimuatkan ialah ruang maklum balas daripada pihak kementerian mengenai aduan yang dibuat. Maklum balas ini akan memastikan segala bentuk perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pentadbir dapat dinikmati oleh pengguna secara optimum.



Friendship : Tips For A Special Relationship

Friendship is a most beautiful thing happened to human being. We all meet some people with whom we never had a kinship, but they become so special in our life that it becomes hard to live without them. Let us see some points we should consider while playing a role in friendship. Many poets have described friendship as one of the most fascinating bond we ever make in our life. It's the most beautiful thing that happens to us.

Friendship is a relation that is entirely based on trust, belief of two friends in each other. We come across many things in our lives, about which we do not tell anything to people near and dear to us, but we freely tell everything to our friends. Many people find good friends but they fail to continue with their friendship, because they do not know their role as a friend.

Let us see some important points that we should take care of if we wish to be good friend for someone:

Be a secrete admirer of your friend:
If your friend is good at something then do not praise him/her in his/her presence. Praising a person for what he/she is good, does not improve his/her qualities, but can cause over-confidence to be induced in him/her, which surely will be harmful for your friend. A good friend should never miss an opportunity to praise his/her friend in front of others when he/she is not around.

Don't proved him/her wrong in public:
As it is important not to praise a friend openly in his/her presence, it is also very much important to abstain from proving him/her wrong in front of other people. Take him/her away from the crowd and let him/her know where he/she is wrong. There is no point in proving your friend wrong in other's presence; it will spoil your friend's image in other's view. And additionally your friendship will be in danger.

Try to understand your friend:
It is always important to understand what your friend is worried about or what problems he/she is facing. Always try to understand the situation your friend is in and try to soothe him/her. It is evident that if people are undergoing some problems, they will not speak up their problems to their brothers or sisters, they will instead tell everything to their friends. Let your friend speak up, just listen to him/her and be with him/her until your friend does not come out of frustration.

Pull Your Friend Away From Making Mistakes:

If your friend is doing something wrong, it is your duty to let him/her know it at earliest. Keep in mind; best friend has to play a role of critic if he/she wants his/her friend to stop doing wrong things. But again keep in mind not to show your friends mistakes in front of other people. Sometimes it is important to understand your friend's intentions behind his/her actions and try to analyze situation, then only you should give your opinion.

The Ego Problem:
Never let ego spoil your friendship. It is no reason to be jealous if your friend is not at all able to speak to you and is with someone else, you have to be his/her friend, do not expect word of gratitude from the person you think is your friend. Sometimes there could be a clash between you and your friend, and you both stop talking to each other for some time, it is not at all wrong to speak first and say sorry to your friend, no matter what happens.

Try to Teach Good Things:
If you are a true friend, you should never give your hungry friend a fish, instead, you should teach him/her how to fish, this will give your friend food for lifetime. A good friend will never wish his/her friend to be dependent on someone.

Do Not Interfere:
Most important point that one should take care of is that your friend has his/her own life and you should not interfere in his/her life. You have a right to tell your friend what is good and what is bad, but you do not have a right to make someone do what you wish. Hope this will help you out solve some of your problems you are facing in friendship.







Aura Warna


setiap orang mempunyai warna kegemaran masing2
terdapat banyak warna di muka bumi ini
warna-warna ini banyak memberi sinar dan kegembiraan
warna juga mempunyai kelebihan tersendiri
warna memainkan peranan dalam menilai personaliti individu
begitu kuat peranan warna dalam kehidupan kita...
hari ni saya ingin berkongsi aura warna yang mampu menilai personaliti seseorang
kamu dominan dengan warna pe ye????


Merah

Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar. Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum. Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain. Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.


Jingga

Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat. Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif. Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.

Kuning

Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat. Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia. Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan. Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.

Hijau

Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka. Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri. Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Biru

Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini. Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman.Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego. Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.

Indigo

Mereka yang mempunyai aura berwarna indigo, adalah seorang yang lemah. Mempunyai kulit yang putih dan pucat. Tidak suka keluar rumah dan bermacam-macam lagi. Mereka ini juga kurang mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak pandai menjalinkan persahabatan atau mempunyai hubungan sosial dengan orang di sekeliling mereka.Selain itu mereka kurang pandai berkomunikasi dan sukar untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa berlaku adil. Jika mereka memerlukan teman, mereka lebih senang untuk berkhayal bagi mendapatkannya daripada berusaha sendiri. Namun begitu, mereka ini tidak ingin membuat orang yang mereka sayangi itu kecewa dan sangat takut jika tiada orang yang akan menyayangi dan menyukai mereka. Malah, jika orang di sekelilingnya menjaga mereka ini dengan baik, mereka akan menjadi seorang sahabat yang peka, ramah, menghargai dan bersedia berkorban. Saranan untuk mereka yang beraura indigo, mereka harus berani menghadapi dunia nyata.

Ungu

Bagi yang beraura ungu, walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara. Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.








TIPS PENGURUSAN MASA YANG BAIK

Keupayaan anda untuk menguruskan masa ialah asas yang paling penting, dan saya yakin ianya lebih penting daripada keupayaan anda untuk membuat penyata aliran tunai. Berikut adalah beberapa tips ringkas dalam pengurusan masa :

  1. Mitos tentang masa – Anda diberi 24 jam sehari. Masa tidak akan berubah, yang boleh berubah ialah anda sendiri. Jadi andalah yang tahu, apa yang anda hendak buat dengan 24 jam itu.
  2. Ke mana masa terbuang anda – Buat kajian untuk diri anda sendiri, ke mana msa terbuang anda dan apa yang anda lakukan. Kurangkan penggunaan masa untuk benda yang tidak penting dan gunakannya untuk perkara yang lebih produktif.
  3. Lakukan jadual harian – Setelah mengambil kira masa terbuang anda, lakukan jadual harian. Berdisplin dan jujur dengan diri anda. Sekarang ini, banyak perisian yang direka dan boleh digunakan untuk membuat jadual harian seperti Outlook, malah ia boleh mengingatkan kita terhadap sesuatu perkara.
  4. Keutamaan – berikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.
  5. Lakukan had masa untuk sesuatu perkara -Misalnya, membaca dan membalas email, blog atau menjawab panggilan telefon boleh memakan masa anda selama sehari jika anda biarkannya. Sebaliknya, anda lakukan had sempadan masa yang perlu anda luangkan untuk perkara ini cth. 1/2 untuk semua itu.
  6. Pastikan sistem anda teratur – Kepada para pelajar ini sangat penting. Pengurusan masa juga memerlukan sistem yang teratur dalam segi sistem pemfailan. Susun nota-nota dalam fail mengikut subjek. Jika di dalam komputer, susun dalam folder yang berkaitan.
  7. Jangan membuang masa dengan menunggu – Elakkan menunggu seseorang ataupun untuk sesuatu benda. Tetapkan masa yang tepat. Jika membuat janji, pastikan janji ditepati pada yang ditetapkan. Jangan lambat. Jika anda ada masalah yang penting, diharap dapat dihubungi dengan segara. Sekarang inikan, ada kemudahan handphone.

Jika anda mahir tentang pengurusan masa, keadaan masa anda akan terkawal dan anda boleh buat apa yang anda mahu kecapi setiap hari.





CERPEN : PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.






JOM RILEKS : KISAH-KISAH LUCU

KISAH 1

Din dan Chong menaiki belon udara panas untuk menyeberangi Laut China Selatan. Selepas 37 jam di udara mereka tertanya-tanya di mana kedudukan mereka ketika itu. "Chong lebih baik kita terbang rendah sedikit, senang cam di mana kita berada," Kata Din. Tanpa berlengah Chong mengurangkan sedikit kandungan udara panas dalam belon. Dengan itu belon boleh terbang rendah di bawah awan dan dapat melihat permukaan bumi. "Eh ! masih tak jelaslah kita di mana. Cuba tanya lelaki di bawah itu," kata Din. "Saudara ! Sekarang kami ada di mana ?" Jerit Chong pada lelaki itu. Lelaki itu membalas balik, "Kamu berada dalam belon panas pada ketinggian 100kaki di udara." Chong memandang Din dan berkata, " Lelaki itu mesti seorang peguam." "Mana kamu tahu ?" tanya Din. "Nasihatnya 100% tepat tapi tak berguna," kata Chong.

KISAH 2

Seorang pemuda menerima tawaran kerja daripada sebuah zoo tanpa bertanya jenis pekerjaannya. Sebaik melaporkan diri, dia diberikan uniform berbentuk gorila. Tugasnya sepanjang hari ialah beraksi di kandang gorila bagi menggantikan haiwan itu yang mati beberapa hari lalu. Untuk itu dia perlu memanjat, bergayut dan berayun dari pokok ke pokok. Lama-kelamaan pemuda tersebut merasa seronok dengan tugasnya. Namun pada suatu hari minggu yang sibuk, kerana terlalu penat berayun, tiba-tiba tangannya terlepas dan dia terjatuh ke dalam kandang singa. Apabila melihat singa menghampirinya pemuda itu menjerit ketakutan. "Tolong, tolong! Aku bukan gorila, aku manusia!" jeritnya. Perlahan-lahan singa berbisik ke telinga pemuda itu . "Hey! Diamlah, kalau tidak kita berdua akan dipecat," kata singa itu.

KISAH 3

Seorang wartawan mendapat maklumat mengenai suatu kejadian bunuh. Tanpa berlengah dai terus menelefon teksi. Sebaik teksi sampai, dia terus membuka pintu lalu menyerahkan alamat tempat kejadian kepada pemandu. Orang ramai kelihatan berkerumun di tempat kejadian. Terlalu ghairah untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, dia menemu bual beberapa jiran dan keluarga mangsa. Kemudian dia menghampiri seorang lelaki yang begitu asyik memerhatikannya bertugas."Awak salah seorang jiran mangsa ke?" tanya wartawan kepda lelaki itu.

"Tidak," jawab lelaki tersebut.

"Mungkin ahli keluarga mangsa?" soal wartawan lagi.

"Tidak…saya tiada kaitan langsung dengan mangsa."

"Tak ada kaitan! Habis tu apa awak buat di sini?" tanya wartawan lagi.

"Kerana saya adalah pemandu teksi yang bawa awak ke sini. Saya menunggu tambangnya yang belum dibayar," kata lelaki itu.